Sunday, 5 February 2012

Nostalgia Itu

Assalammualaikum.. 


Amboiii rajin pulak aku meng-update belog yeee.. Semangat belog baru laa katakan.. Hihihihi.


Tengah dengar lagu Cindai dari Siti Nurhaliza tetibe aku teringatkan sesuatu. Agak nostalgia tapi masih diminati. Tapi aku tak sure laa kalau budak2 zaman sekarang ni masih minat atau tak... Tapi bagi aku perkara ni laa yang bawak aku ke dalam satu zaman kanak-kanak yang riang. *muka comel sikit (^,^) ... comel la tuh..ah.huhuhuhu..


Apa permainan tradisional korang masa kecik2 ea? Mesti kalau korang sebut korang tetibe akan rindu nak main permainan tradisional tu walaupun dah tua bangka kan? Hahahaha.. Aku dah tau da.. bwek ! 




Permainan tradisional yang paling aku suke gila-gila ialah permainan Congkak babe.




Piuuu Piuuuu.. Siapa suka game ni?? Angkat2 kening sikit.. (^^)(^^)(^^)


Asal-usul:
Menurut sumber yang dipercayai dan diselidiki CONGKAK berasal daripada dunia Afrika atau Arab. Bagaimanapun, bukti tertua yang dijumpai oleh cari gali purba yang dibiayai oleh (NATIONAL GEOGRAPHIC) menjumpai kepingan batu kapor yang mempunyai dua liang selari bertarikh semenjak 5000 hingga 7000 SM di masa kini Jordan. Dari Timur Tengah, permainan ini tersebar ke Afrika. Congkak tersebar ke asia melalui pedagang-pedagang Arab.


Apabila ia mula merebak ke tanah melayu pada ketika itu, Melaka menjadi pusat  perdagangan yang sangat terkenal dan berpengaruh.Permainan ini mula berkembang ketika di zaman kesultanan melaka pada abad 15, dimainkan oleh puteri-puteri, dan juga dayang-dayang istana. -sumber-



Waaaaaaaaa... siapa yang main permainan Congkak ni mesti terasa macam puteri-puteri dan dayang-dayang istana kan? *Senyum simpul-simpul perasan. 


hehehehehe

Agak-agak korang Congkak moden atau tradisional lagi best untuk dimainkan??

Kalau pendapat aku yang pernah berangan nak jadi Profesor laa kan.. Aku lebih prefer untuk main congkak tradisional yang diperbuat daripada kayu dan buahnya daripada guli. Teringat penat lelah kumpul duit semata-mata nak beli guli..... Heeeee =D

Bagi aku, bila kita main congkak kayu dan buahnya daripada guli, permainan tu nampak lagi best sebab bunyi yang terhasil tak sama dengan bunyi congkak moden yang diperbuat daripada plastik. Buah congkak pon daripada plastik. Serius bunyi permainan tak sedap. Pitching lari laa sayang.. (~^.^)~

Tapi keistimewaan congkak plastik ialah lubang congkaknye boleh dicabut2.. Daripada 8 rumah kita boleh jadikan 5. Haaaa.... tu kalau tak suka main game panjang laa.. 


Nostalgia : 
Masa kat kampung abah aku, takkan pernah miss main congkak tau. Kadang-kadang menangis yeyek je sebab rumah congkak terbakar satu. Hoih.. kecoh siaaa terbakar satu.. Hahahahahaha.. Hentak2 kaki...merajuk bagai.. Fiuh.. elok kena baling ngan guli sia-sia benjol kepala karang. Hikhok ! -..- 


Permainan congkak ni memerlukan strategi tau kalau nak menang.. Kena cepat mengira lubang congkak mana yang akan dijadikan sasaran Pengeboman berani mati! Serius best bila dah dapat bom rumah lawan yang tersimpan guli yang BANYAAAAAAAK tu ! ahahahahahahaha !


Baaaaaaa.. padan mukaaaa kauuuuu ! 

Tapi apa-apa pun, aku mengharapkan yang permainan tradisional yang lain seperti Batu Seremban,Tengteng,Wau dan sebagainya tak akan terlupus dari arus pembangunan sekarang. Tak kisahlah kalau domodenkan ke apa ke yang penting permainan nostalgia ni tak terus hilang di mata masyarakat kita.~~ Peace ^^V

Congkak Tradisional


Congkak moden

p/s : Baru-baru ni main congkak Moden kat rumah Sepupu ! Fiuh ! I win ! =P



No comments:

Post a Comment

Red Bobblehead Bunny