Sunday, 5 February 2012

Lirik Hati


Terasa semalam aku memegang erat jemarimu.
Kehangatanmu bagaikan sentiasa mengekoriku.
Tatkala kita berjanji setia.
Bermulalah episod dugaan kita.

Tangisan aku bukan meraih simpati.
Hati ini terasa begitu sesak tanpa kamu.
Bila ku pejam mata seolah kau menjaga aku.
Bila ku buka mata aku hanya melihat keseorangan diri aku.

Entah sampai bila kita akan berjauhan.
Entah sampai bila kita akan memendam rindu.
Mungkin dugaan ini yang akan menguatkan segala.
Ingin melihat betapa hebatnya cinta kita.

..........................................

#tak mampu nak sambung lagi. =(



No comments:

Post a Comment

Red Bobblehead Bunny